Rabu, 24 Julai 2013

MAKLUMAN PEMINDAHAN BLOG DARI JABATAN ELEKTRIK IKM BESERI KE IKM KOTA KINABALU, SABAH.

Untuk makluman semua bekas pelajar dan alumnai dari IKM Sik dan IKM Beseri, laman blog Jabatan IKM Beseri ini akan saya tukarkan ke IKM Kota Kinabalu kerana bermula pada tarikh 15/07/2013 saya telah dipindahkan ke sini. Oleh yang demikian bagi bekas pelajar IKM Beseri, anda semua perlulah merujuk terus sebarang maklumat mengenai jabatan atau keputusan kekompetenan dengan Ketua Program Elektrik di sana. Walau bagaimanapun anda semua boleh terus mengikuti laman blog ini bagi mendapat info atau maklumat berkenaan elektrik bagi perkongsian ilmu di alam maya. Saya juga mengalu-alukan semua rakan-rakan dapat bersama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dengan cara menghubungi saya secara email ataupun melalui facebook. Adalah diharapkan segala ilmu yang kita masukkan dalam blog ini dapat dimanfaatkan bersama. Sekian, salam Ramadhan, salam aidil fitri dan salam di bawah bayu untuk semua. Jumpa lagi.....yang sedihnya saya juga akan menyambut raya aidil fitri tahun 2013 di Sabah. Mohon di doakan agar saya di sini tabah dan dirahmati oleh Allah taala. Amin..............

Selasa, 5 Mac 2013

PROGRAM SEPARUH MASA ELEKTRIK (PSME) IKM BESERI, PERLIS.


PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG

PROGRAM SEPARUH MASA ELEKTRIK (PSME) 
IKM BESERI, PERLIS. 


KURSUS YANG DITAWARKAN
YURAN KURSUS
TEMPOH MASA
KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN ST
WAKTU
PEMBELAJARAN
Pendawai Satu Fasa
(PW2)
(Berumur 18 tahun ke atas)
RM 1700.00
6 bulan
(240 jam)

-   Pengalaman kerja 2 tahun dengan kontraktor elektrik berdaftar dengan ST.
-   Penyata KWSP /SOCSO.
-   Memiliki buku log

Setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu
-  (6.00 ptg – 10.00 mlm)


Setiap Sabtu atau Ahad:
-  (8.00 pg – 05.00 ptg)

**Bergantung kepada pindaan dan akan dimaklum oleh tenaga pengajar.
Pendawai Tiga Fasa
(PW4)
(Berumur 18 tahun ke atas)
RM 1800.00
4 bulan
(240 jam)

- Memiliki PW1/PW2 yang didaftarkan setahun dgn ST drp tarikh sijil dikeluarkan.
-   Pengalaman kerja 1 tahun dengan kontraktor elektrik berdaftar dengan ST.
- Penyata KWSP/ SOCSO.
- Memiliki buku log.


*Lain-lain bayaran seperti nota pembelajaran, pakaian, kerja-kerja amali adalah tertakluk kepada ketentuan oleh pihak IKM Beseri.


(Bagi calon yang tidak mempunyai Penyata SOCSO/KWSP, bolehlah mengemukakan surat perakuan pengesahan pernah terlibat dengan kerja-kerja pendawaian elektrik dari mana - mana syarikat Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga)

*** Perlaksanaan program adalah bergantung kepada bilangan minimum 20 orang peserta.

Jika terdapat sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh terus menghubungi:

INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI,
KM 14, JALAN KAKI BUKIT,
02400 BESERI, PERLIS.

Tel.: Pejabat Am: 04-9384021/4022              
          Fax : 04-9384023

ATAU

Tn. Hj Mohd Dimyati b. Hj Mohd Sadri (Ketua Jabatan Elektrik) : 019-4881764
En. Abd Rahman b. Yusop (Penyelaras Prog. Pendawai) : 012-2207937 


Selasa, 26 Februari 2013

QURAN EXPLORER

Bacaan Al Quran sentiasa berada di sekeliling kita asalkan adanya sambungan internet. Layari sekarang..

Isnin, 25 Februari 2013

TAWARAN BEKERJA SEBAGAI JURUTEKNIK


Assalammualaikum.

Untuk makluman, sebuah syarikat kontraktor elektrik yang berpangkalan di Shah Alam, Selangar, menawarkan jawatan sebagai Juruteknik di syarikat berkenaan. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi syarikat berkenaan secepat mungkin berdasarkan surat tawaran di bawah. Semoga anda Berjaya dalam kerjaya masing-masing. Sekian terima kasih.


PERAKUAN KEKOMPETENAN PENDAWAI PW3/PW4 CALON IKM BESERI SESI 1/2012 – CALON SEPENUH MASA


Assalammualaikum.

Untuk makluman, sijil perakuan kekompetenan Pendawai PW3/PW4 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi calon sepenuh masa sesi Jan.-Jun 2012 telah dihantar oleh Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA ke IKM Beseri pada 22/02/2013. Oleh yang demikian calon-calon yang namanya tersenarai seperti lampiran di bawah bolehlah menuntut sijil kekompetenan berkenaan di Unit Peperiksaan dan Persijilan IKM Beseri. Jabatan Elektrik IKM Beseri mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya dan kepada yang gagal sama ada teori, amali atau lisan, sila menduduki semula peperiksaan berkenaan pada semester berikutnya. Calon akan dikenakan bayaran mengulang dengan S.T. dan calon dinasihatkan menhubungi Ketua Program SED bagi tujuan berkenaan.

Bagi pelajar lepasan IKM serta memperolihi Sijil Kekompetenan PW3/PW4, anda dipelawa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Penjaga Jentera A1 beberapa IKM terpilih iaitu IKM Sik, Kedah dan IKM Jasin, Melaka selama 2 tahun.
Kelayakan :

Kursus Penjaga Jentera Elektrik Sekatan A1 (Khas)

i)         Memiliki Sijil Kejuruteraan / Teknologi  Elektrik Domestik dan Industri dengan keputusan CGPA tidak kurang dari 2.7
ii)        Telah disahkan LULUS dan layak memperolehi Sijil Perakuan Kekompetenan Pendawai PW3/PW4 oleh Jawatankuasa Peperiksaan Peringkat Institusi KKTM / IKM.
iii)       Pengalaman kerja tidak kurang dari 6 bulan dalam pengendalian radas dan mengawal kelengkapan hidup,
iv)       Tidak rabun warna.

Borang permohonan boleh di muat turun melalui pautan berikut http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1361765807

Syarat pengisian borang permohonan

1.    Sila gunakan pen atau pen mata bulat semasa mengisi borang ini.
2.    Pemohon-pemohon diminta menyertakan salinan sijil IKM dan Transkrip IKM (semester Akhir sahaja) yang telah disahkan semasa menghantar borang permohonan
3.    Hantarkan permohonan anda di alamat seperti di bawah :

                       
               PENGARAH
               BAHAGIAN  KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
               TKT 20 & 21 IBU PEJABAT MARA
               JALAN RAJA LAUT
               50609 KUALA LUMPUR   
              
               (U/P : UNIT PENGAMBILAN PELATIH)



Khamis, 17 Januari 2013

Borang Kajiselidik dan Alumnai Program Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) IKM Beseri, Perlis.

Untuk meningkatkan lagi kecemerlangan program, pihak Jabatan Elektrik IKM Beseri memohon semua pelajar lepasan Program Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) di IKM Beseri, Perlis, dapat mendaftar melalui halaman ini bagi tujuan kaji selidik dan alumnai bagi pelajar yang telah tamat pengajian. Kebanyakkan pelajar telah mendapat sijil IKM dan Kekompetenan PW1-PW4. Anda boleh menghantar maklumat melalui https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGZDdmpqZDVZVDdzQzRyODN4MWFXa3c6MQ

Khamis, 16 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H

Assalammualaikum. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua rakan-rakan dan anak-anak pelajar saya yang saya kasihi di alam maya ini...


Sesungguhnya segala puji adalah bagi Allah pemilik kerajaan langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda, para sahabat yang setia dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena hari yang mulia pada 1 Syawal 1433H ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Bagi pihak diri saya sendiri dan warga kerja Jabatan Elektrik IKM Beseri
, kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan serta memohon dihalalkan segala yang termakan dan terminum.


Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamu alaikum warahmatullah. Lihat di sini....