Assalammualaikum.
Untuk makluman
semua sijil perakuan kekompetenan Pendawai PW3/PW4 yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga bagi calon sepenuh masa sesi Julai-Disember 2011 telah
dihantar oleh Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA ke IKM Beseri. Oleh yang
demikian calon-calon yang namanya tersenarai seperti lampiran bolehlah menuntut
sijil kekompetenan berkenaan di Unit Peperiksaan dan
Persijilan IKM Beseri. Sehubungan itu Jabatan Elektrik IKM
Beseri mengucapkan syabas kepada mereka yang berjaya dan kepada yang gagal,
sila menduduki semula peperiksaan berkenaan. Pihak kami juga mendoakan agar
anda semua, berjaya dalam kerjaya masing-masing dan jangan lupa agar selalu
menghubungi Jabatan Elektrik IKM Beseri untuk mendapatkan informasi dan
perkembangan terkini. Bagi mereka yang menyambung pengajian di peringkat
Penjaga Jentera A1, teruskan perjuangan anda dan pastikan anda melangkah pulang
dengan kejayaan. Ingatlah inilah kejayaan yang dinanti-nantikan oleh ibubapa
anda yang bersusah payah membesarkan kita. Sekian, Terima Kasih.
Semoga anda semua berjaya dalam kerjaya masing-masing.
BalasPadam