Jabatan ini mempunyai dua program iaitu Program Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dan Program Teknologi Kejuruteraan Penyaman Udara dan Penyejukan
Selasa, 26 Februari 2013
QURAN EXPLORER
Bacaan Al Quran sentiasa berada di sekeliling kita asalkan adanya sambungan internet. Layari sekarang..
Isnin, 25 Februari 2013
TAWARAN BEKERJA SEBAGAI JURUTEKNIK
Assalammualaikum.
Untuk makluman, sebuah syarikat
kontraktor elektrik yang berpangkalan di Shah Alam, Selangar, menawarkan jawatan sebagai Juruteknik di syarikat berkenaan. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah
menghubungi syarikat berkenaan secepat mungkin berdasarkan surat tawaran di
bawah. Semoga anda Berjaya dalam kerjaya masing-masing. Sekian terima kasih.
PERAKUAN KEKOMPETENAN PENDAWAI PW3/PW4 CALON IKM BESERI SESI 1/2012 – CALON SEPENUH MASA
Assalammualaikum.
Untuk makluman, sijil perakuan
kekompetenan Pendawai PW3/PW4 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi
calon sepenuh masa sesi Jan.-Jun 2012 telah dihantar oleh Bahagian Kemahiran
dan Teknikal MARA ke IKM Beseri pada 22/02/2013. Oleh yang demikian calon-calon
yang namanya tersenarai seperti lampiran di bawah bolehlah menuntut sijil kekompetenan
berkenaan di Unit Peperiksaan dan Persijilan IKM
Beseri. Jabatan Elektrik IKM Beseri
mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya dan kepada yang gagal
sama ada teori, amali atau lisan, sila menduduki semula peperiksaan berkenaan
pada semester berikutnya. Calon akan dikenakan bayaran mengulang dengan S.T.
dan calon dinasihatkan menhubungi Ketua Program SED bagi tujuan berkenaan.
Bagi pelajar lepasan IKM serta memperolihi Sijil
Kekompetenan PW3/PW4, anda dipelawa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat
Penjaga Jentera A1 beberapa IKM terpilih iaitu IKM Sik, Kedah dan IKM Jasin,
Melaka selama 2 tahun.
Kelayakan :
Kursus Penjaga
Jentera Elektrik Sekatan A1 (Khas)
i)
Memiliki Sijil Kejuruteraan / Teknologi Elektrik Domestik dan Industri dengan
keputusan CGPA tidak kurang dari 2.7
ii)
Telah disahkan LULUS dan layak memperolehi Sijil
Perakuan Kekompetenan Pendawai PW3/PW4 oleh Jawatankuasa Peperiksaan Peringkat
Institusi KKTM / IKM.
iii)
Pengalaman kerja tidak kurang dari 6 bulan dalam
pengendalian radas dan mengawal kelengkapan hidup,
iv)
Tidak rabun warna.
Borang permohonan boleh di muat
turun melalui pautan berikut http://www.uploadmb.com/dw.php?id=1361765807
Syarat pengisian borang
permohonan
1.
Sila gunakan pen atau pen mata bulat semasa mengisi
borang ini.
2.
Pemohon-pemohon diminta menyertakan salinan sijil IKM dan
Transkrip IKM (semester Akhir sahaja) yang telah disahkan semasa menghantar
borang permohonan
3.
Hantarkan permohonan anda di alamat seperti di bawah :
PENGARAH
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
TKT 20 & 21 IBU
PEJABAT MARA
JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR
(U/P
: UNIT PENGAMBILAN PELATIH)
Langgan:
Catatan (Atom)