Jabatan ini mempunyai dua program iaitu Program Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dan Program Teknologi Kejuruteraan Penyaman Udara dan Penyejukan
Selasa, 22 Mei 2012
Rabu, 16 Mei 2012
SELAMAT HARI GURU
Assalammualaikum. 16 Mei adalah sambutan hari guru, namun terasa juga adakah kita di kampus ni dihargai dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna? Di luar riuh rendah menyambut Hari Guru, namun kita sibuk dengan aktiviti pembelajaran. Adalah diharapkan semua kepada semua anak-anak yang kami didik, bahawa kejayaan terletak di tangan anda semua. Biarlah apabila melangkah keluar dari kampus ini, ianya diiringi dengan segulung kejayaan buat bekalan menempuh kehidupan nanti. Walau bagaimanapun hakikatnya kita belajar sepanjang masa dengan guru. Dengan kesempatan ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik serta mereka yang berkorban masa dan tenaga dalam membimbing anak bangsa. Jasamu guru-guru semua sentiasa dikenang.. Tak kira siapa mereka..yang mengajar di sekolah, pondok , rumah dan lain-lain..mereka adalah guru..hormati guru..berkat ilmu.. SELAMAT HARI GURU.
Kepada semua pelajar, berusahalah bersungguh-sungguh.......Selamat menduduki peperiksaan akhir semester sesi Jan-Jun 2012 dan peperiksaan kekompetenan ST.
Langgan:
Catatan (Atom)